Tuesday, July 17, 2012

Alert!!! Risiko bagi yang kerja shift!!!

Ketika saya sibuk mencari bahan untuk akademik projek, tiba-tiba ada sesuatu crossed on my mind...kesihatan saya kebelakangan ini selalu terganggu....saya dapati semenjak saya masuk kerja shift hour, saya sering pening kepala, mudah hilang fokus, emosi tak menentu dan keletihan yang melampau. Jadi dengan bantuan google, saya telah menemui beberapa fakta yang ingin saya kongsikan terutama bagi yang bekerja shift...bagi yang sudah maklum,  betulkan saya sekiranya saya tersilap yerrr

Menurut wikipedia...risiko bagi mereka yang bekerja shift untuk jangka masa panjang, mereka tiga kali ganda mudah mendapat penyakit jantung iskemia (ischemic heart disease) atau lebih dikenali sebagai penyakit koronari jantung- study by Knutsson et al. Penyakit ini adalah disebabkan oleh kekurangan bekalan darah kepada otot jantung. Kekurangan darah yang berterusan kepada jantung akan menyebabkan kematian otot-otot jantung dan jika keadaan bertambah teruk boleh meyebabkan kegagalan jantung untuk berfungsi dan seterusnya kematian mengejut.

Selain dari penyakit yang disebutkan diatas, mereka yang bekerja shift juga terdedah dengan risiko   penyakit kanser kesan dari "environmental lighting". Ini disebabkan oleh ketidakseimbangan pengaliran Melatonin, iaitu tumor yang dihasilkan pada waktu malam dan berjaga pada waktu malam boleh mengganggu penghasilannya.

Risiko lain bagi mereka yang bekerja shift ialah menurunan sistem imun badan menentang penyakit-UCSF neurologist Louis Ptacek. Ini terjadi kerana waktu tidur yang tidak menentu. Itulah salah satu hikmah tuhan jadikan siang dan malam.

Telah terbukti dengan kajian saintifik, bekerja shift terutama shift malam mendatangkan bayak masalah kesihatan untuk jangka masa panjang. Tapi tuntutan kerja menyebabkan kita kekurangan pilihan. Dari pemerhatian saya, ini banyak terjadi di Industri pembuatan yang beroperasi 24jam, Security, saya sendiri dari Airport Operation (mujur sekarang dah habis kontrak praktikal), dan banyak lagi. Lagi merisaukan bakal suami saya bekerja di Airport Operation yang memerlukan dia bekerja mengikut shift. Ya Allah, Please protect him when he work so hard to earn rezeki from you.

                            kenangan terindah ketika bekerja shift di Terminal Service Division, KLIA



No comments:

Post a Comment